Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Friday, February 21, 2014

Rona Cinta- Suhaimi


Sejauh jalan yang telah aku lalui
Selama masa yang telah aku tempuhi
Sedalam laut yang telah aku selami
Setinggi gunung yang telah ku daki

Seribu ragam telah pun aku temui
Sejuta rasa ku telan dengan berani
Namun telahkah ku kenal diri sendiri
Semuanya kan terjawab di sini

Indahnya rona cinta 
Kurnia Maha Esa 
Namun tak ingin ku jadi terleka 
Kerana segalanya sementara

PadaMu Tuhan aku sandarkan
Cita-cita dan impianku di sini
Tapi tak mahu diri tertipu 
Kerana SyurgaMu lebih indah warnanya

Setelah kenal siapa diri sendiri
Rupanya hidup pinjaman dari Ilahi
Kan tiba saat untuk ku pulangkan kembali
Bertemu rona cinta yang abadi



Lirik kredit pd :  tq :)
http://bingkisanrindu89.blogspot.com/2010_02_01_archive.html

Sunday, February 16, 2014

Bila...

Bila mata terpejam seketika,
Tidak ku tahu jika ia akan dapat dibuka semua..

Bila nafas terhenti seketika,
Tidak ku tau jika dapat disambung semula..

Bila dunia gelap seketika,
TIdak ku tahu jika ia akan cerah semula..

Bila itu adalah peluang,
Bila itu adalah ruang,
Bila itu adalah rasa tidak terbuang,
Bila itu memberi semangat untuk berjuang...

Bila itu adalah rahmah,
Bila itu adalah hidayah,
Bila itu adalah sedekah,
Bila itu sarat membawa hikmah... 

Bila aku menulis leka,
Tidak ku tahu sempatkah ia habis dicerita... :)

p/s: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami selama ini, terangkanlah hati kami, bersihkanlah jiwa kami dan jauhilah kami dari kejahilan yang kekal.. Aamiin.. :I

Bilakah...

Bila mata terpejam seketika,
Tidak ku tahu jika ia akan dapat dibuka semua..

Bila nafas terhenti seketika,
Tidak ku tau jika dapat disambung semula..

Bila dunia gelap seketika,
TIdak ku tahu jika ia akan cerah semula..

Bila, bila dan bila…
Persoalan yang sering bemain diminda…
Lalu aku biarkan ia menjadi tanda tanya
Tidak pula aku cuba selesaikannya..

Bila itu tidak datang dengan sengaja
Bila itu membawa hikmah disebaliknya
Bila itu adalah titik mulanya
Bila itu adalah jalan keluarnya

Tetapi mengapa tidak jua ku sedar peranannya..
Sedar dalam erti kata sebenarnya
Sedar yang waras dan luas pemandangannya
Sedar yang mula menjawab persoalan bila..

Ada ketikanya…
Inilah yang ku rasa…

Bila aku mula bersuara,
Aku ragui telusnya bicara
Menutur kata sesedap rasa,
Menyentuh hati, meruntun jiwa

Bila aku mula bersua,
Aku ragui telusnya pandangan mata
Tersenyum indah lalu terpana
Keindahan dunia yang sementara

Bila aku menulis leka,

Tidak ku tahu sempatkah ia habis dicerita...

Thursday, February 6, 2014

Kesedaran... Kecintaan.. :)

Assalamualaikum.... 
Apa khabar? Masih bernafas ye... Alhamdulillah.. 
Dah call parents or orang2 yg tersayang ke arini? Jangan tangguh2 ye.. Nanti menyesal... X sempat.. Haaaa.... Sila call dlu ye.. klu x dpt sms pun x pe.. Pastu br dtg smbg baca ye...

Jap2.. Aku pun nak call mak ayah aku jap... hehehe :)


Alhamdulillah.. Dpt call mak ayah!! Bertanya khabar sekejap... Rindunya... T_T
Untungnya kita Allah masih bg peluang untuk kita berkomunikasi dgn mereka kan... 
Syukur Ya Allah... Bahagia rasanya hidup ini...

Aku selalu mencuba untuk menjadi anak yg terbaik.. Tp bila terlalu byk alasan...
Hurmmmm... Tambahan dengan kedegilan aku ni... Kenapalah aku ni degil sgt agak2nya kan... Sombongkah aku? Atau aku memberontak... Usia cam ni pun nak dengki apa lg kan.. Apa lg yg x puas ati agaknya... Aku sndri pun x tau.. Tiap kali aku mencuba... Aku berjaya.. Tapi aku kembali pd asalnya lepas itu.. teruk sgt ke aku ni?........

Ya Allah, lembutkanlah hati aku ni... Mungkin aku ni kurangnya zikir dalam diri...
Astaghfirullahalazaim.... :(

Selalu dengar ustaz2 dan ustazah2 berbicara cam ni; 

"Selalu lah cakap2 yg baik2, minta yg baik2. sbb tiap kata2 itu adalah doa..."

Jadi aku perlu teruskan perjuangan aku... Jangan berputus asa ye... 

p/s: Ya Allah, jauhilah aku dr perkara2 keji kerana ia menyumbang ke neraka, dekatkanlah aku dengan perkara2 yg terpuji kerana ia membawa aku ke syurga... Aamiin..