Aku tahu..
Kau masih berharap
Kau masih mencuba
Kau masih setia
Kau masih seperti dulu
Aku tahu..
Kerana itulah kau yang aku kenali
Suatu ketika dahulu...
Bukan kini...
Aku tahu...
Kau seorang yang sangat baik
Kau seorang yang sangat sabar
Kau seorang yang sangat setia
Aku tahu...
Kau masih keliru
Kau masih tidak pasti
Kau masih sangsi
Aku tahu...
Kau masih menyimpan rasa itu
Kau masih tidak membuang aku
Kau masih menganggap aku bersamamu...
Yang aku tidak tahu...
Adakah BENAR kau sudah memaafkan aku
Adakah BENAR kau tidak berdendam denganku
Oleh itu,
Aku mahu...
Aku mahu...
Memohon maaf seikhlas hati kepadamu
Memohon maaf seikhlas hati kepada keluargamu
Atas salah dan silap ku
Sepanjang tempoh itu suatu ketika dahulu...