Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Monday, October 22, 2012

Yesterday is the day... But not that day yet..

Ya Allah...


Hanya pada-Mu tempat ku mengadu..
Hanya pada-Mu ku bergantung harap..
Hanya pada-Mu ku ceritakankan segalanya..
Hanya pada-Mu ku sembah..
Hanya pada-Mu ku serahkan segalanya..
Segala-galanya hanyalah pada-Mu, Ya Allah...
Bantulah aku untuk menggapai redha-Mu.. Aamiin... :)



Wednesday, October 3, 2012

Hanya Yang Biasa-biasa.. :)

Cuma yg biasa-biasa sahaja. Tiada istimewanya... 


Aku x punyai apa2. Semuanya hanyalah milik Yang Maha Esa.

Saya....

Biarlah gambar berbicara...


p/s : Aku hanyalah insan biasa.. Nothing special. Trust me!!! :)

Wednesday, September 19, 2012

Ada-Mu.. :)


Ada-Mu by Najwa Latif

Merenung ke luar jendela

Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia


Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh 
ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu


Kerna kau yang satu

Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu


Merenung ke luar jendela

Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan...

p/s : Alhamdulillah... Ku sgt bersyukur Ya Allah, mmg aku x punyai apa2. Kerana segalanya2 Milik-Mu. Aku jua milik-Mu. :)

Wednesday, September 12, 2012

Lepaskan.... lah... :)



Lepaskan - Wanna 

Ku jadi tidak tentu arah, 
Entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. 
Cerita itu...

Makan minum ku dh tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar 
Mengapa ku tidak menyedari

Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah



Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari 
Yang kita pasti ada masalah, 
Dengannya...

Ku jadi tidak tentu arah, 
Entah apa yang ku kuatiri
Sejak terjadi cerita itu. 
Cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah

Lepaskanlah lepaskan semua, 
Tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari 
Yang kita pasti ada masalah, 
Dengannya...




Monday, September 10, 2012

Dakwah Aiskrim Roti.. :)



Drama "Dakwah Aiskrim Roti: Tips Bercinta Sblm Kahwin".

Suatu petang pukul, 6.40 petang. Makcik dalam cerita sebelumnya (blm baca? sila baca dulu kisah makcik dan anak lelaki makan buah mangga) telah diziarahi oleh anak sedara pompuannya yang umur 21 an. Lalu makcik mengajak anak sedaranya itu bertenggek di tepi sawah makan aiskrim roti.

***** ISU 1 ******


Gadis: Makcik, nape pompuans skang ramai tak tutup aurat?

Makcik: Ok. isu orait gak. Hang agak2 nape?

Gadis: Sebab dorang rasa dorang lawa sangat la tu tak tutup aurat. Boleh menampilkan kulit gebu mulus, rambut rebonding, nak berpesyen. Tak ready lagi n macam2 lagilah.

Makcik: Huhu. (kunyah roti sikit). Kita terus cari punca la senang. Komen byk pasal dorang pun tak kehabisan. Umur baligh seseorang pompuan tu kalo ikut pembacaan makcik la, fiqh al-Syafi'i kata koman2 umur 9 tahun dah ada yg dtg haid tanda baligh. Ikut Imam Abu Hanifah lak kata 17 tahun. Abu Yusuf, Muhammad b. Hassan, dan al-Syafi'i meletakkan umur 15 tahun (form 3) umur standard baligh.

Gadis: Tak paham. Macik rujuk kitab mano ni?

Makcik: Ikut suko makcik lah. Wajib tutup aurat bila dah baligh. So, parents ada masa 9 hingga 15 tahun nak didik anak tutup aurat betul-betul di rumah. See, Allah dah bagi ruang masa yang cukup utk kita bersedia. Tade alasan "TAK READY" lagi. Parents yg cerdik, bekalkan anak dgn agama. Parents yang kurang cerdik, manjakan anak sampai nak rotan sikit pun tak sampai hati. Bukan aurat je, solat pun camtu lerr. Kalau parents dah tahu jahil tukil bab agama, tak reti-reti ke search youtube ceramahUstaz Azhar Idrus ( Original ) ? huhu



******** Isu II ********

Gadis: Uhuk. Ok, saya ada baca artikel Hilal Asyraf, penulis tersohor tu. Tajuk dia, "Cinta Sebelum Kahwin Itu Ada. Halal." Tak berapa paham ah. Cuba makcik terang sikit.

Makcik: Amboi cairla eskrim makcik camni duk terang. Biasalah ayat dia tu banyak sikit bunga. Hang ni takkan tak paham. Hah apa yang tak clear?

Gadis: Cinta sebelum kawin betul ke ada?

Makcik: Ada je. Ada dua jenis. Satu, cinta sebab nak kahwin. Dua, cinta sebab nak couple. Kenapa makcik cakap ada? Satu, bila hang nak kahwin hang kena tengok dulu pasangan hang tu. Sunat kot tengok pasangan yg kita nak kahwini ni. Adakah hang nak kahwin kalo hang tak berkenan dengan pasangan hang tu?

Gadis: Of coz la nak yg berkenan di mata dan di hati!

Makcik: So, berkenan ni bila hati hang suka. Dari bibit suka tu lah timbul sayang. Dari sayang timbullah cinta. Bezanya, memula ni tidaklah cinta sepenuhnya, mukaddimah baru. Ha, ada berani kata takde rasa cinta? Jangan duk kelentong makcik org tua, lama makan garam masin dari hang. Cinta kat ajnabi ni boleh bila nak kahwin. Tapi ada syaratnya.

Gadis: Apa syaratnya? (Membulatkan mata kat makcik)

Makcik: Syaratnya betul2 nak kahwinlah. Utk orang2 yg mmg bersedia nak kahwin. Utk yang serius2 sahaja. Yang penting sekali, tidak melengah2kan proses ke arah itu. Ni berkenan dan bercinta sampai 5-10 tahun. Tu bukan cinta dah tu. Tu namanya tolong mempercepatkan proses penuaan pasangan masing2. Dah tua, tinggalkan..cari yg muda. Hak ela. Lepas dah lama bersama, baru nak kata, "kita tak seswai lah, tak sefahaman, takleh masukk.."

Gadis: Halal tu camana plak?

Makcik: Rasa cinta tu ok. Tapi yang PERGI BERCINTA tu yang tak ok. Islam suruh PERGI BERKAHWIN. Bila bercinta, nak tiru adegan2 percintaan dalam cite Korea la plak. Tu mmg tak halal. Yang halal di sisi Islam, tumbuh rasa cinta untuk segera nak kahwin.

Gadis: So camana sebenarnya cinta yg sblm kahwin ni?

Makcik: Cinta sebelum kahwin utamanya adalah cinta yang segerakan perkahwinan. Tak perlulah nak letak ikatan apa-apa "bf" or "gf". Datang ke rumah famili, "tanda" betul-betul dengan wali si pompuan. Minta izin, ikat janji dengan abah dia, "saya nak kahwin dengan anak pakcik ni". Direct je. Ikat dengan abah dulu, bukan pepandai ikat dengan anak bagi cincin tanda sendiri.

Gadis: Contact2 camana lak? Harom ke?

Makcik:Bukan takleh tepon, takleh sms, takleh chat, takleh fb, boleh je. Tapi biar berpada-pada lah. Eloknya, benda yang penting2 dan yg perlu je. Sebab sentiasa set dalam kepala, "Aku nak cakap puas2 dengan dia lepas nikah nanti." Takkanlah sampai nak call, nak sms utk bincang pasal hal2 perkahwinan dan pertunangan pun haram. Susah betul nak berkomunikasi. Macam nak kahwin ngn pokok kayu. Kalau boleh call mak ayah or org tengah, tu terbaik. Kalau terpaksa gak kena contact si empunya diri, nak wat camana kan?

Gadis: (Angguk2 olok2 paham). So camana lak bercinta bersayang-sayang sebelum kahwin?

Makcik: Kalau tatau nak kahwin bila, tatau dapat kawin ke tak..tak bolehlah. Tapi, kalau dah jumpa famili semua dan dah ada perancangan, boleh je biarkan rasa tu tapi jangan la duk luahkan rasa sangat. Agak2lah. Cakap sekali dah lah, "eii tak sabarnya nak kahwin ngn awak nii~". Ni hari2 nak cakap "sayang". Lek la luhhh!~ Eloknya, simpan terus jiwang2 hang tu utk dihamburkan lepas kahwin nanti. Kikiki

Gadis: Cinta sebelum kahwin yg terbaiknya camana?

Makcik: Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebih ingat Dia dari dia. (senyum)

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka mmg patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu", yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mulai hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan Dia.

Gadis: Camana lak tentang majlis kahwin mahal? Standard2?

Makcik: Kalau hang laki, hang pilih je pompuan lain kalau dah mahal sgt. Ibaratnya, aiskrim roti ni haa harganya RM1 je. Sedap je pun. Tapi hang pi gak bodohkan diri beli Tutti Frutti yg kena timbang tu dengan harga sampai RM20 secawan. Rasa lebih kurang je padahal.

Gadis: Huhu. So macik, apa kesimpulannya?

Makcik: Tade sebab kita nak halalkan couple haram. Benda mudarat, buat apa nak halalkan. Islam tu mengutamakan "mencegah lebih baik dari mengubati." Dalam nak bercinta, cintalah ke arah nak kahwin. Jangan cinta couple memain. Senang je makcik nak tanyala pada couple yang berpacaran2, dating, bergayut2 siang malam ni:

"Hati korang rasa tenang ke dalam keadaan sedemikian?".

Couple memain ni ibaratnya macam lintah la. Janganlah jadi macam lintah. Hisap darah kita bukan main sedap, bila dah kenyang tergolek jatuh. Tapi, bekas hisapan tu berbekas sampai 2-3 hari tak hilang2. Contohnya macam lintah kat betis hang tu. kikiki.

Gadis: Apeeeeeeee~~~ Macikkkk~~~~ tulunn~~!!! (tercampak habis aiskrim roti ntah ke mana).

(Kelihatan makcik dah lama melarikan diri sebab beliau pon geli geleman ngn lintah)
 

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2547297607880&set=a.1580250352303.2072025.1417004278&type=1&theater

p/s : aku copy je ni.. Saje nak kongsi2.. Smg dpt menambahkan ilmu.. :)

Friday, September 7, 2012

Tokok Tambah Lagi dan Lagi... :I


Tokok tambah
X berubah-ubah
Dh makin parah
Cukup-cukuplah

Ganggu orang
Klu x pandang
Hati x senang
Hidup x tenang


Dapat cerita
Hati gembira
Fitnah rupanya
Tetap suka

Tambah cerita
Tambah dosa
Sejengkal cerita
Sedepa jadinya

Selangkah ke neraka
X pernah ingat pula
Bila mulut cpt mengata
Dosa juga berganda-ganda...


p/s :  Smg bermanfaat, untuk perkongsian sekalian ummat.. :)